Followers

Friday, 20 October 2017

Prosa Moden (Cerita pendek sekolah rendah)

ARNAB DAN BUAYA

Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah seekor daripada arnab-arnab itu sungguh cantik. Bulunya lebat, lembut dan putih melepak. Giginya pula tersusun rapi dan putih berseri. Sahabat handai dan binatang-binatang lain di dalam hutan itu selalu memuji kecantikan gigi arnab ini.
        Akibat pujian dan perhatian ini, semakin hari arnab itu menjadi semakin sombong. Ia mula berlagak seolah-olah ialah yang tercantik di dunia ini. Lama-kelamaan, haiwan-haiwan lain mula menjauhkan diri daripadanya. Oleh kerana tiada sesiapa lagi yang suka berbual dengannya, arnab itu selalu berjalan sendirian.
        Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia ternampak seekor buaya sedang berjemur di tebing. Arnab berasa takut dan tidak berani mendekati buaya itu.
        “Hai Arnab, cantik sungguh gigi  ! Kalau gigi aku juga begitu cantik, sudah pasti aku boleh menjadi raja di laut.” Kata buaya itu kepada arnab. Arnab berasa sungguh gembira kerana sudah lama dia tidak mendengar pujian begitu.
“Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi kau tu?” Tanya buaya itu lagi. Arnab berasa bangga dengan pujian itu. Sambil tersenyum, arnab berkata, “Engkau mesti banyak makan sayur-sayuran dan jangan makan daging.”
Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya. “Bolehkah engkau tolong periksa gigiku. Gigiku sudah banyak yang rosak,” kata buaya lagi. Tanpa berfikir panjang, arnab pun menghampiri buaya lalu memeriksa gigi buaya satu demi satu. Tanpa berlengah-lengah lagi, buaya terus menutup mulutnya dan menelan arnab itu. Maka tamatlah riwayat arnab yang mempunyai gigi yang cantik tetapi pendek akal itu.
Cikgu sertakan video cerita ini yang diceritakan oleh salah seorang rakan kalian.


##untuk mengetahui cerita pendek lebih lanjut, para pelajar boleh menjenguk di blog:
http://zzatyyus.blogspot.my/2012/10/himpunanvccerita-cerita-pendek-untuk.html
Semoga semua beroleh manfaat.##

Thursday, 19 October 2017

Tatabahasa (Peribahasa-Simpulan Bahasa Mudah)



Bismillahirahmahnirahim..
Harini cikgu akan membahaskan salah satu subtopik tatabahasa iaitu peribahasa. post cikgu sebelum ini cikgu menyentuh tentang kata nama dan post cikgu kali ini, cikgu ingin mebincangkan peribahasa iaitu SIMPULAN BAHASA.
   
     ok, apa itu Simpulan Bahasa? Simpulan bahasa adalah bentuk peribahasa yang paling mudah yang terdiri daripada dua patah kata yang membawa maksud yang tepat dan padat. Contohnya ialah: 


Simpulan Bahasa
Maksudnya
ada anginberkelakuan luar biasa pada sesuatu ketika
ada hatimempunyai keinginan yang melebihi kemampuan untuk melakukan atau memiliki sesuatu
air mukarupa atau wajah seseorang
ajak-ajak ayamtidak bersungguh-sungguh semasa mempelawa seseorang
ada bakatmempunyai tokoh atau perwatakan
alas perutmakanan yang dimakan untuk sementara waktu sebelum memakan makanan yang mengenyangkan
anak angkatanak orang lain yang dipelihara sebagai anak sendiri
anak bapaanak yang disayangi oleh bapa
anak buahorang yang di bawah jagaan seorang ketua atau anak saudara
anak emasanak yang disayangi oleh ibu bapa atau ketuanya
angkat kakimeninggalkan sesuatu tempat kerana sesuatu sebab
atas anginnegara-negara di sebelah barat
atas pagartidak menyebelahi mana-mana pihak
ayam tambatanorang yang menjadi harapan dalam sesuatu pertandingan
bahasa pasarbahasa Malaysia yang tidak betul tatabahasanya
banyak mulutorang yang banyak bercakap
batu apiorang yang suka menghasut
batu loncatansesuatu yang dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati
bau-bau bacangtali persaudaraan yang jauh
bawah anginnegara-negara di sebelah timur
bekas tanganhasil kerja tangan seseorang
beralih akalberubah fikiran atau pendapat
beralih anginpergi ke sesuatu tempat untuk berehat
berat hatienggan; malas
berat mulutpendiam atau tidak suka bercakap banyak
berat tulangorang yang malas bekerja
berat sebelahtidak berlaku adil
berbelah bagisukar untuk membuat keputusan
berhati batudegil dan sukar menerima nasihat
berhutang budipatut membalas kebaikan seseorang dengan kebaikan juga
bermuka duatidak jujur
bertikam lidahbertengkar; berdebat
besar hatibergembira atau berbangga akan sesuatu
besar kepaladegil; sukar menerima pandangan orang lain
buah hatiorang yang dikasihi atau dipuja
buah mulutsesuatu yang menjadi perbualan orang ramai
bush tanganhadiah yang dibawa ketika melawat seseorang
bulat hat!bersungguh-sungguh ketika membuat sesuatu; sudah nekad
buruk sikumengambil balik sesuatu yang telah diberikan kepada orang lain
buta hatitidak dapat menerima pengajaran; zalim; kejam
cahaya mataanak
cakar ayamtulisan yang buruk
campur tanganturut serta atau mencampuri urusan orang lain
cari jalanberusaha atau berikhtiar melakukan sesuatu
epat tangansuka mencuri
dalam tangansudah pasti akan diperoleh
darah daginganak kandung
durian runtuhkeuntungan yang diperoleh dengan tidak disangka-sangka
gaji butamendapat gaji tanpa perlu bersusah payah atau bekerja bersungguh-sungguh
gelap matahilang pertimbangan kerana terpengaruh oleh wang atau harta
harga dirimaruah atau kehormatan seseorang
harga matiharga tetap yang tidak dapat ditawar lagi
hati batudegil atau keras hati
hidung tinggisombong atau tinggi diri
hilang akaltidak tahu apa-apa yang perlu dibuat; hilang pertimbangan diri
ikat perutmenahan lapar kerana berjimat
iri hatimenyimpan perasaan dengki atau cemburu
isi hatiperasaan dalam hati
jalan buntutidak ada jalan penyelesaian
kacang hantuorang yang jahat dan suka mengganggu orang lain
kaki ayamtidak berkasut atau berselipar
kaki bangkutidak berkebolehan bermain bola
kaki botolsuka minum minuman keras
kecil hatiberasa tersinggung atau merajuk
kepala anginperangai yang tidak menentu
kepala batudegil dan tidak mendengar nasihat
kera sumbangorang yang tidak suka bergaul dengan orang lain
khabar anginberita yang belum tentu benarnya
langkah kananbernasib baik
langkah seribucepat-cepat lari kerana ketakutan
lidah bercabangkata-kata yang tidak dapat dipercayai
lipas kudungcepat membuat kerja
lintah daratmengambil keuntungan berlebihan atas pinjaman yang diberikan
makan anginbersiar-siar untuk berehat
makan suapmenerima rasuah
malu-malu kucingberpura-Aura malu di hadapan orang
mandi peluhbekerja kuat
mati katakmati dengan sia-sia
membabi butamelakukan sesuatu tanpa berfikir
membawa diritahu menjaga diri
membuka jalanmemberi laluan kepada orang lain
membuka tembelangmenceritakan keburukan seseorang kepada orang lain
memeras otakterlalu kuat berfikir atau belajar
menarik diritidak turut serta; meletak jawatan
mencari jalanberusaha untuk melakukan sesuatu
mencuci matagembira memperhatikan sesuatu yang indah
mencuit hatilucu; menggelikan hati
mengabui matacuba memperdaya; menipu
mengadu dombamemperlagakan seseorang untuk memecahbelahkan persahabatan dan sebagainya
mengambil anginbersiar-siar untuk berehat
mengambil beratmemberi sepenuh perhatian
mengambil hatidapat memikat atau mempengaruhi
mengasah bakatlatihan untuk mengembangkan bakat
muka temboktidak berasa malu
mulut muraikuat bercakap atau berbuat bising
mulut tempayantidak dapat menyimpan rahsia
murah hatisuka bederma; tidak kedekut
naik anginterlalu marah
nyawa-nyawa ikanhampir-hampir mati
orang atasanorang yang berpangkat tinggi

**cikgu harap pelajar-pelajar cikgu dapat iktibar serba sedikit. 
Simpulan Bahasa perlu diingat. nanti cikgu akan kemaskini lagi tentang simpulan bahasa pada entri yang akan datang. sebanyak ini dahulu yang sempat cikgu cari, untuk lebih banyak senarai simpulan bahasa cikgu sarankan pelajar melayari pautan: http://tatabahasabm.tripod.com/tata/simpul.htm. 
sebarang pertanyaan yang tidak faham, para pelajar boleh mengemukakannya diruangan komen.**

Tatabahasa (Kata Nama Am & Kata Nama Khas)

Bismillahirahhmanirahim..
baiklah, harini cikgu akan terangkan serba sedikit menegenai pembentukan kata nama. cikgu yakin semua sedia maklum bahawa terdapata DUA JENIS KATA NAMA iaitu kata nama am dan kata nama khas dalam tatabahasa bahasa  Melayu. maka, penguasaan akan aspek ini amat penting untuk memahirkan seseorang pelajar dalam membuat ayat terutamanya dalam menulis karangan.

     Kata Nama Am terdiri daripada 4 jenis.iaitu kata nama tunggal, kata nama majmuk, kata nama terbitann dan kata nama ganda. baiklah, kita akan telusuri setiap satu persatu aspek kata nama am ini. pertamanya, kata nama am tunggal merupakan kata nama am yang terbina daripada satu kata dasar. contohnya, ibu, bola,, buku, dan sebagainya.
     Selain itu, kata nama am yang kedua ialah kata nama am majmuk. kata nama ini terbina daripada dua kata dasar atau lebih. misalnya, segi tiga, alat tulis, hak cipta, dan sebagainya.
     Seterusnya, kata nama am terbitan. kata nama ini ialah kata nama yang terbina daripada proses pengimbuhan seperti penyanyi, makanan, pertandingan dan sebagainya.

     Kata Nama Khas pula ialah kata nama yang digunakan untuk menyebut nama sesuatu secara khusus dan meliputi manusia, haiwan, tumbuhan, tempat dan benda. misalnya dari aspek manusia ialah Kassim, Doktor Alia.
     Dari aspek tumbuhan pula seperti Limau Mandarin manakala  aspek haiwan seperti Si Tompok dan Harimau Bintang,
     Akhir sekali, dari segi tempat contohnya, Muzium Negara dan Menara Berkembar Petronas tetapi dari segi benda ialah Proton Wira dan Planet Zuhal.
     Cikgu sertakan sebuah video klip pendek supaya para pelajar lebih mudah untuk faham.



** maka, tamatlah kelas cikgu mengenai subtopik tatabahasa iaitu kata nama ini. cikgu harap semua dapat faham dengan jelas. sebarang kecelaruan, boleh bertanyakan kepada cikgu dengan lebih lanjut di ruangan komen. :) **

Prosa Moden (Cerita pendek sekolah rendah)

ARNAB DAN BUAYA Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah seekor daripada arnab-arnab itu sungguh cantik. Bulunya lebat, lemb...