Followers

Thursday 19 October 2017

Tatabahasa (Kata Nama Am & Kata Nama Khas)

Bismillahirahhmanirahim..
baiklah, harini cikgu akan terangkan serba sedikit menegenai pembentukan kata nama. cikgu yakin semua sedia maklum bahawa terdapata DUA JENIS KATA NAMA iaitu kata nama am dan kata nama khas dalam tatabahasa bahasa  Melayu. maka, penguasaan akan aspek ini amat penting untuk memahirkan seseorang pelajar dalam membuat ayat terutamanya dalam menulis karangan.

     Kata Nama Am terdiri daripada 4 jenis.iaitu kata nama tunggal, kata nama majmuk, kata nama terbitann dan kata nama ganda. baiklah, kita akan telusuri setiap satu persatu aspek kata nama am ini. pertamanya, kata nama am tunggal merupakan kata nama am yang terbina daripada satu kata dasar. contohnya, ibu, bola,, buku, dan sebagainya.
     Selain itu, kata nama am yang kedua ialah kata nama am majmuk. kata nama ini terbina daripada dua kata dasar atau lebih. misalnya, segi tiga, alat tulis, hak cipta, dan sebagainya.
     Seterusnya, kata nama am terbitan. kata nama ini ialah kata nama yang terbina daripada proses pengimbuhan seperti penyanyi, makanan, pertandingan dan sebagainya.

     Kata Nama Khas pula ialah kata nama yang digunakan untuk menyebut nama sesuatu secara khusus dan meliputi manusia, haiwan, tumbuhan, tempat dan benda. misalnya dari aspek manusia ialah Kassim, Doktor Alia.
     Dari aspek tumbuhan pula seperti Limau Mandarin manakala  aspek haiwan seperti Si Tompok dan Harimau Bintang,
     Akhir sekali, dari segi tempat contohnya, Muzium Negara dan Menara Berkembar Petronas tetapi dari segi benda ialah Proton Wira dan Planet Zuhal.
     Cikgu sertakan sebuah video klip pendek supaya para pelajar lebih mudah untuk faham.



** maka, tamatlah kelas cikgu mengenai subtopik tatabahasa iaitu kata nama ini. cikgu harap semua dapat faham dengan jelas. sebarang kecelaruan, boleh bertanyakan kepada cikgu dengan lebih lanjut di ruangan komen. :) **

No comments:

Post a Comment

Prosa Moden (Cerita pendek sekolah rendah)

ARNAB DAN BUAYA Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah seekor daripada arnab-arnab itu sungguh cantik. Bulunya lebat, lemb...