ARNAB DAN BUAYA
Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah seekor daripada arnab-arnab itu sungguh cantik. Bulunya lebat, lembut dan putih melepak. Giginya pula tersusun rapi dan putih berseri. Sahabat handai dan binatang-binatang lain di dalam hutan itu selalu memuji kecantikan gigi arnab ini.
Akibat pujian dan perhatian ini, semakin hari arnab itu menjadi semakin sombong. Ia mula berlagak seolah-olah ialah yang tercantik di dunia ini. Lama-kelamaan, haiwan-haiwan lain mula menjauhkan diri daripadanya. Oleh kerana tiada sesiapa lagi yang suka berbual dengannya, arnab itu selalu berjalan sendirian.
Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia ternampak seekor buaya sedang berjemur di tebing. Arnab berasa takut dan tidak berani mendekati buaya itu.
“Hai Arnab, cantik sungguh gigi ! Kalau gigi aku juga begitu cantik, sudah pasti aku boleh menjadi raja di laut.” Kata buaya itu kepada arnab. Arnab berasa sungguh gembira kerana sudah lama dia tidak mendengar pujian begitu.
“Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi kau tu?” Tanya buaya itu lagi. Arnab berasa bangga dengan pujian itu. Sambil tersenyum, arnab berkata, “Engkau mesti banyak makan sayur-sayuran dan jangan makan daging.”
Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya. “Bolehkah engkau tolong periksa gigiku. Gigiku sudah banyak yang rosak,” kata buaya lagi. Tanpa berfikir panjang, arnab pun menghampiri buaya lalu memeriksa gigi buaya satu demi satu. Tanpa berlengah-lengah lagi, buaya terus menutup mulutnya dan menelan arnab itu. Maka tamatlah riwayat arnab yang mempunyai gigi yang cantik tetapi pendek akal itu.
Cikgu sertakan video cerita ini yang diceritakan oleh salah seorang rakan kalian.
##untuk mengetahui cerita pendek lebih lanjut, para pelajar boleh menjenguk di blog:
http://zzatyyus.blogspot.my/2012/10/himpunanvccerita-cerita-pendek-untuk.html
Semoga semua beroleh manfaat.##
http://zzatyyus.blogspot.my/2012/10/himpunanvccerita-cerita-pendek-untuk.html
Semoga semua beroleh manfaat.##
No comments:
Post a Comment